Piala Pengantin Maya

 


PIALA PENGANTIN MAYA - LAHIRKAN BAKAT                                 JURUANDAM

Maya's Fabrique Sdn Bhd dengan kerjasama Rochelier Designers Club sekali lagi telah mengadkan saringan kedua untuk pertandingan Piala Pengantin Maya ( PPM07 ) yang bertempat di Semua House, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saringan kedua inin telah dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Seri Bongsu Pahang, Tengku Shriah Sultan Haji Ahmad Shah sekaligus turut merasmikan pembukaan batik Maya di bangunan tersebut. Anugerah yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam dunia andaman dan rekaan tanahair.

Di samping, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pereka-pereka baru yang mempunyai daya kreatif dalam rekaan Fesyen Pakaian Pengantin Melayu.

Kali ini seramai 6 peserta telah menunjukkan bakat masing-masing dengan memperlihatkan kebolehan dalam mencipta pakaian untuk bakal pengantin. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Maya's Fabrique Sdn Bhd, Ajay Ubrani dan isteri serta tetamu kenamaan.

 


<< Back 

  Piala Pengantin Maya 1  
  Piala Pengantin Maya 2  
  Piala Pengantin 3  
 

Majalah Harmoni (15-28/2/2007)

 
 




Franchise   |   Career   |   Contact Us
 

 

© 2010 MayaSilk Group. All Rights Reserved.